Video

Kehidupan Bukan Sekadar Satu Warna...
  • Seputih Salju
    Seputih Salju

    Sebuah montaj didedikasikan untuk sahabat. Video dipetik pada 20 Februari 2010 merekodkan perjalanan daripada Kenitra ke wilayah Ifrane, Morocco dengan latar belakang musik yang santai.

    Terima Kasih kepada Ubaid, Munzir, Izzat, Hafiz atas memori bersama.

  • Bangkit Semula Ya Andalus
    Bangkit Semula Ya Andalus

    Kembara melihat sejarah dengan hati yang kosong semata. adalah sia-sia Di sebalik sejarah, tertimbusnya satu permata untuk dibawa. Melihat sejarah bukan bererti kita mundur kebelakang, tetapi seharusnya dapat mengembalikan kekuatan untuk menuju kehadapan.

    Andalusia bukan satu nama yang kecil suatu ketika dahulu. Di situ Islam pernah menapak, disitu Islam bernah bertakhta. Namun…

  • Selamat Hari Lahir
    Selamat Hari Lahir

    Kita bermula dengan tangisan. Seolah tahu bahawa kita akan melalui satu pengembaraan yang penuh berliku. Dengan penciptaan kita yang paling sempura (At-Tin : 4), seharusnya nikmat umur dipenuhi dengan amalan yang mendekatkan diri kepada-Nya.

    Bukankah kita dilahirkan sebagai seorang pemenang? Namun untuk menjadi pemenang kita harus merencanakan dan mempersiapkan diri dengan segala hal yang untuk memperoleh kemenangan itu (Zig Zillar)

  • Sesuatu Tertinggal Di Cairo
    Sesuatu Tertinggal Di Cairo

    Cairo tidak akan aku lupakan. Biarpun tidak lama. Biarpun tidak antero tempat aku lawati. Ditengah kekeringan bandarnya. Ditengah kesibukan pasarnya. Aku masih rasa aman. Aman kerana ada sesuatu yang masih aku dakap di sana.

    Terima Kasih Cairo!