Duniaku…
Perjalanan Mencari Jawapan…
  • Utama
  • Produk
    • Tshirt Nahna
    • Laman Web
  • Travelog
  • Portfolio
  • Video
  • Hubungi
  • Travelog 9
    Travelog 9

    Travelog 9

  • Travelog 10
    Travelog 10

    Travelog 10

  • Travelog 11
    Travelog 11

    Travelog 11

  • Egypt
    Egypt

    Egypt

Home » Blog » Blog » Morocco (5) – Oh My Kenitra!
Morocco (5) – Oh My Kenitra!

(Selepas bersarapan pagi di Kenitra)

Sebulan sebelum mereka datang, aku telah susun satu persatu rancangan perjalanan, kos hidup, penempatan dan lain-lain sebagai persediaan. Aku ingin berikan layanan yang terbaik sepanjang mereka berada di negara keduaku ini. Oleh kerana hampir lima tahun aku duduk di Kenitra, aku selesa untuk menjadikan Kenitra sebagai penempatan utama sepanjang 12 hari mereka di Morocco. Abang iparku, Naguib dan Waeiz akan menetap bersamaku, manakala ibu, kakak (Kakwa) serta puterinya akan menetap di rumah pelajar akhawat, Villa FBI. Villa FBI, hanya beberapa langkah sahaja dari pintu masuk rumah aku, Villa Abou Temmam.

Aku ingin mereka rasa suasana keretapi di Morocco. Aku ingin mereka tahu inilah pengangkutan yang banyak berjasa kepadaku di bumi Ibn Batutah ini. Dari airport, kami menaiki keretapi langsung menuju Kenitra. Perjalanan memakan masa hampir dua jam. Kami sampai di stesen keretapi Kenitra lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Dari stesen tersebut, kami berjalan kaki 10 minit untuk ke Villa Abou Temmam. Aku singgahkan emak dan kakak di Villa FBI. Hari pertama memang agak memenatkan, lebih-lebih lagi untuk menyesuaikan waktu dan suhu di Morocco yang jauh berbeza berbanding Malaysia.

Villa Abou Temmam, sebuah rumah zaman berzaman di diami oleh para pelajar Malaysia di Morocco. Dari satu generasi ke satu generasi, villa tersebut banyak memberikan jasa dan sumbangannya tersendiri. Di situlah muktamar PMMM, Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi dibuat suatu ketika dahulu, di situlah jugalah kebanyakan aktiviti-aktiviti persatuan dijalankan, tempat dimana bermulanya ukhuwah antara pelajar baru dengan pelajar lama dan sebagainya. Banyak jasanya. Banyak memorinya. Ketika aku tahun satu dahulu, Kenitra diibaratkan sebagai sebuah kampung bagi seluruh pelajar Malaysia. Tatkala datangnya cuti musim panas, pelajar-pelajar luar Kenitra akan berkumpul di Kenitra. Bercuti, berprogram dan sebagainya.  Itu cerita lama ketika mana ‘rakyat’ Malaysia masih dalam kuantiti yang sedikit. Jumlah yang amat amat kecil  jika dibandingkan dengan pelajar Malaysia di Jordan, apatah lagi Mesir. Zaman aku dulu, pelajar Malaysia keseluruhannya tidak sampai 100 orang pun. Itupun dipecahkan kepada tujuh wilayah di Morocco, dimana Kenitra merupakan wilayah yang paling ramai pelajar dengan jumlah lebih kurang 20 orang sahaja.

Kenitra, istilah bahasa arab dengan sebutan ‘alqunaitirah’ membawa maksud jambatan kecil, ia merujuk kepada sebuah jambatan yang dibina merentasi sebuah tasik bernama tasik Fouarat, yang akhirnya dimusnahkan pada tahun 1928. Kenitra diasaskan dan dibangunkan oleh Hubert Lyautey pada tahun 1912 yang merupakan Residen General pertama Perancis di Morocco. Ketika itu Kenitra merupakan kubu pertahanan tentera menggantikan Araish. Pada tahun berikutnya, pelabuhan Kenitra di buka dan menjadi antara pelabuhan terpenting. Pada tahun 1933, Kenitra dikenali sebagai Port-Lyautey dan istilah tersebut diguna pakai sehingga Morocco mencapai kemerdekaan pada tahun 1956. Kenitra juga pernah menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat sekitar tahun 1942 dan memiliki Lapangan Terbang Tentera yang kesannya boleh dilihat hingga hari ini.

Kenitra yang jaraknya lebih kurang 40 km dari ibu negara Rabat merupakan wilayah ke enam terbesar di Morocco dengan bilangan penduduk 366570 orang. Ia bukanlah sebuah bandar besar tetapi lebih kepada sebuah pekan yang masyhur dengan panggilan ‘medina filahiya’ (kawasan pertanian). Sebuah wilayah yang jauh dari kebingitan ibu kota dan kesesakan lalu lintas yang pastinya memberi ketenangan kepada mereka yang menziarahinya…

(Bersambung…)

(Naziha & Waeiz. Dalam train, asyik bermain)

(Tiba di Kenitra, tepat jam 12.40 waktu mahattah)

(Pagi yang tenang di Kenitra)

(Visited 853 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Click here to cancel reply.

Post Comment

Related Posts

  • Morocco (6) – Abou Temmam, Polis dan IC
    Morocco (6) – Abou Temmam, Polis dan IC7 April 2012
  • Morocco (4) – Tentang Moroco II
    Morocco (4) – Tentang Moroco II3 February 2012
  • Morocco (3) – Tentang Morocco I
    Morocco (3) – Tentang Morocco I3 February 2012

Popular Posts

  • Morocco (1) – Bienvenue Au Maroc!
    Morocco (1) – Bienvenue Au Maroc!10 August 2011
  • Morocco (2) – Bermalam Bersama Qitor
    Morocco (2) – Bermalam Bersama Qitor3 September 2011
  • Morocco (3) – Tentang Morocco I
    Morocco (3) – Tentang Morocco I3 February 2012
← Morocco (4) – Tentang Moroco II
Fin ‘Istiqamah’ Diyalna? – I →

Carian

Kategori

  • Blog (12)
  • Santai (2)
  • Travelog (8)
  • Umum (2)

Artikel Terbaru

  • Orang Utan Di Menara Eiffel!
    Orang Utan Di Menara Eiffel! 31 December 2012
  • (2) Nota Ke Tanah Suci
    (2) Nota Ke Tanah Suci 23 November 2012
  • Toilet RM6!
    Toilet RM6! 22 October 2012
  • (1) Nota Ke Tanah Suci
    (1) Nota Ke Tanah Suci 21 October 2012

Artikel Popular

  • Morocco (1) – Bienvenue Au Maroc!
    Morocco (1) – Bienvenue Au Maroc! 10 August 2011
  • Morocco (2) – Bermalam Bersama Qitor
    Morocco (2) – Bermalam Bersama Qitor 3 September 2011
  • Morocco (3) – Tentang Morocco I
    Morocco (3) – Tentang Morocco I 3 February 2012
  • Morocco (4) – Tentang Moroco II
    Morocco (4) – Tentang Moroco II 3 February 2012

Jom Interaksi

Follow Us on AIMFollow Us on EmailFollow Us on FacebookFollow Us on FlickrFollow Us on GoogleFollow Us on MySpaceFollow Us on SkypeFollow Us on TwitterFollow Us on YahooFollow Us on YouTube

Hubungi

admin*aimantaqwa.com

Kuala Langat, Selangor

Santai

"Jika hati manusia tidak disediakan 'brek', macam mana hendak 'stop' segala perlakuan fahsya' dan mungkar?" -TG Nik Abdul Aziz

Carian

Copyright © 2012 AimanTaqwa.com. All Rights Reserved
  • Utama
  • Produk
  • Blog