(Mogador)
Kemudian pada kurun ke-5, Rom telah dikalahkan oleh orang-orang Vandal yang masuk melalui Sepanyol dengan jumlah tenteranya 80000 orang. Pada kurun ke-6, Byzante telah menguasai Afrika Utara dan diawal kurun ke-7, Uqba bin Nafi’ bersama tenteranya datang menyebarkan Islam ke Morocco. Bermulalah era bari ketika itu dimana Islam dan bangsa Arab bertapak di Morocco.
Antara kerajaan besar yang terbina selepas penyebaran Islam ke bumi Morocco adalah kerajaan Bani Midrar yang bertapak di selatan Morocco. Kemudian kerajaan Dinasti Idrisid (Adarisah) yang diasaskan oleh Mouley Idris 1 muncul dimana beliau menjadikan Fes sebagai ibu kotanya. Mouley Idris dikatakan daripada keturunan cucu Rasulullah, Hasan Bin Ali. Kerajaan dinasti Idrisid ini bertapak daripada tahun 789 hingga 926. Kemudian munculnya kerajaan Fatimids (Fatimiyah) yang diasaskan di Almahdia (Tunisia) pada tahun 909.
Pada tahun 1061, kerajaan Dinasti Almoravid mula bertapak di Morocco dibawah Yusuf Bin Tasyfin. Kekuasaan Dinasti Almoravid ini meliputi Tafilalt (Siyilmasa) di bahagian utara hingga ke wilayah Aoudaghost (satu wilayah di Mauritania sekarang) serta menguasai Ghana, Algeria dan Andalusia. Yusuf Bin Tasyfin juga telah mengasaskan Marrakech dan menjadikannya sebagai ibu kota ketika pemerintahnnya. Dinasti Almoravid ini terus bertapak sehinggalah pada tahun 1149, ketika itu Dinasti Almohad yang diasaskan oleh Ibn Tumart mula berkembang.
(Kerajaan Almoravid)
Kerajaan Dinasti Almohad bertapak sehingga pertengahan kurun ke-13 dan menjadi kerajaan yang kuat dengan menguasai Algeria, Tunisia, Tripoli dan sebahagian daripada Sepanyol. Ketika itu, Sevilla telah menjadi ibu kotanya. Kerajaan Dinasti Almohad telah banyak mengubah lanskap keilmuan dan peradaban. Di zaman itulah munculnya tokoh-tokoh seperti Ibn Tofail dan Ibn Rushd.
(Kerajaan Almohad)
Selepas itu, muncul pula kerajaan Marinid sekitar tahun 1196 hingga 1465)
(Kerajaan Marinid)
Pada awal kurun ke 15, muncul kerajaan-kerajaan kecil antaranya kerajaan Wattasid (1428-1549) di selatan Morocco. Pada zaman ini, sebahagian tempat-tempat penting di persisiran pantai Morocco mula dikuasai oleh orang-orang Portugal, antaranya Asilah (1479), Agadir (1504), Safi (1508), Azemmour (1513), Sebta (1415) dan menguasai Mellila (1497) di pantai Mediterranean.
Pada kurun 16, giliran kerajaan Saadi pula memerintah Morocco. Kerajaan Saadi diasaskan oleh Muhammad Al-Qaim. Kemudian digantikan oleh anaknya Ahmad Al-A’raj (1517-1541), dan Muhammad Syeikh ( 1541-1557) diikuti keturunannya yang lain. Keluarga Saadi ini telah memerintah Morocco sehingga pertengahan kurun ke-17
Kemudian, kerajaan Dinasti Alaowiyah yang diasaskan oleh Muhammd bin Syareif (1638-1663) mula berkembang. Dizaman Maulay Ismael (1672-1727), Morocco mempunyai kekuatan tenteranya yang hebat. Pada zaman pemerintahan Muhammad Bin Abdullah (1757-1790), Morocco telah membuat hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat dengan perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1786. Sebelum itu, ketika pengisytiharan kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776, kerajaan Alaowiyah merupakan kerajaan pertama yang mengiktiraf kemerdekaannya.
Morocco mencapai kemerdekaannya ketika pemerintahan Muhammad V bin Yousuf (1927-1961). Pada zaman pemerintahannya telah berlaku gerakan menuntut kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah Perancis. Usaha ini berterusan sehinggalah pada tahun 1953, baginda dan keluarganya telah dibuang negara ke pulau Madagascar. Baginda telah digantikan dengan Sultan Muhammad Bin Arafah (1953-1955) yang merupakan boneka Perancis. Perkara ini telah menyemarakkan lagi kemarahan rakyat. Tekanan yang diberikan oleh rakyat ketika itu menyebabkan Perancis membawa pulang keluarga diraja pada tahun 1955. Akhirnya pada tahun 1956, deklarasi bersama disepakati yang membawa kepada kemerdekaan Morocco. Pemerintahan kerajaan keturunan Alaowiyah ini berterusan sehinggalah pada hari ini.
(Raja-raja Morocco Dinasti Alaowiyah yang memerintah hingga hari ini )
(InsyaAllah. Jika berkesampatan, perjalanan sejarah empayar Islam di Morocco akanku catitkan secara ringkas dalam tulisan-tulisan akan datang. Bermula dengan pembukaan Islam di Morocco & Andalus hinggalah zaman ‘inbi’ath’ atau kemerdekaan Morocco)
Nota:
Rujukan :
1) Al-Mufid Fi Tarekh Al-Maghrib
2) Qissa Wa Tarekh al-Hadharat al-Arabiyah Baina al-Ams Wa Al-Yaom
3) Dirasat Fe Tarekh Al-Maghrib
4) Al-Maghrib Wa Al-Andalus
5) Morocco profile. BBC News (dlm talian) http://w ww.bbc.co.uk/news/world-africa-14 121438
6) World66’s Guide To Morocco
7) Morocco : A Country Profile. Lynn Walroth
8 ) Morocco. Fatima Sadiqi
9) World Info: Morocco (dlm talian) http://ww w.angelfire.com/mac/eg matth ew s/wo rldin fo/africa/morocco.html
10) Background Note: Morocco (dlm talian) http:// www.state.gov /r/pa/ei/ bgn/5431. htm
11) African Vandals (dlm talian) http://www.fanaticus.org/DBA/armies/II84/index.html
12) Punic Wars (dlm talian) http://www.heritage-history.com/ www/heritag e.php? Di r= w ars& Fi leName=wars_punic.php
13) Carthage (dlm talian) http://www.livius.org/cao-caz/carthage/carthage.html
14) Historu (dlm talian) http://www.arab.de/arabinfo/marochis.htm
15 Almoravid dinasty (dlm talian) http://en.wikipedia.org/wiki/Almoravid_dynasty
16) Almohad Caliphate (dlm talian) http://en.wikipedia.org/wiki/Almohad_Caliphate
17) Marinid Dynasty (dlm talian) http://en.wikipedia.org/wiki/Marinid_dynasty
18) Essaouira (dlm talian) http://en.wikipedia.org/wiki/Essaouira#Jewish_presence
19) Wattasid Dinasty (dlm talian) http://en.wikipedia.org/wiki/Wattasid_dynasty