Duniaku…
Perjalanan Mencari Jawapan…
  • Utama
  • Produk
    • Tshirt Nahna
    • Laman Web
  • Travelog
  • Portfolio
  • Video
  • Hubungi
  • Travelog 5
    Travelog 5

    Travelog 5

  • Travelog 6
    Travelog 6

    Travelog 6

  • Travelog 7
    Travelog 7

    Travelog 7

  • Travelog 8
    Travelog 8

    Travelog 8

  • Egypt
    Egypt

    Egypt

Home » Blog » Blog » Morocco (2) – Bermalam Bersama Qitor
Morocco (2) – Bermalam Bersama Qitor

1 November 2010

Jam dinding hampir pukul 1.30 pagi. Cepat betul rasanya. Ahli rumah pelajar Fes bagus-bagus, jarum jam dinding jauh lebih terkehadapan berbanding jam yang tergantung di rumahku. Tabarakallah alaik! Aku mula kemas-kemas untuk ke mahattah qitor. Perlu menaiki teksi ke sana kira-kira 15 minit perjalanan dari rumah pelajar. Azri menemaniku di pagi buta yang sejuk itu mendapatkan teksi. Kami singgah dahulu di mesin ATM untuk aku mengeluarkan duit sebagai urusan sewa kereta esok.

Lama juga menunggu teksi. Lebih-lebih lagi di waktu manusia sedang lena tidur di selimuti sejuk yang gila. Hujan renyai-renyai diwaktu itu. Aku mula risau, takut-takut terlepas keretapi. Jika aku terlepas keretapi jam 2.30 pagi, aku perlu menungu sehingga jam 4.30 pagi untuk keretapi seterusnya. Ini bermakna aku akan tiba di airport jam 10 pagi! Tidak! Memandangkan perjalanan jarak jauh, maka jadual keretapi Fes-Casablanca tidak kerap, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Beberapa ketika, teksi datang. Aku masuk. Terus minta menuju ke La Gare De Fes. Tambang lebih kurang DH25. Alhamdulillah, keretapi belum lagi bergerak. Kubeli tiket berharga DH150 dan terus menaiki keretapi. Duduk. Luas tempat duduknya, dan selesa. Aku cuba melepas penat yang boleh, kepala agak sakit. Mungkin kurang tidur dan letih dari kota London semalam yang belum hilang. Terlena akhirnya.

Bunyi suara-suara orang Morocco, membuatkan kuterjaga daripada tidur. Sudah jam 6.30 pagi rupanya!. Keretapi baru sahaja melepasi stesen Mohammedia. Ruang duduk keretapi mula dipenuhi orang, mencari rezeki di Casablanca. Di Morocco, keretapi merupakan pengangkutan utama bagi penduduknya. Sistem perjalanan yang agak sistematik. Jadual, tempoh  perjalanan, dan harga tiket boleh dirujuk dilaman web keretapi ONCF. Mereka yang kerap menggunakan keretapi pula, ditawarkan Bitoqah Syabab dengan potongan harga yang berpatutan, tidak perlu beratur untuk membeli tiket setiap kali ingin memulakan perjalanan.  Agak mudah untuk merancang perjalanan.

Lebih kurang jam 7 pagi, keretapi sampai di stesen Casa Voyageurs. Aku perlu menukar keretapi untuk ke airport. Cepat-cepat turun untuk tunaikan solat subuh selagi sempat. Selesai solat, aku ke kedai serbaguna stesen. Mencari sebotol Sidi Ali, roti, biskut dan ‘jajan’ untuk alas perut. Tidak mahu membazir duit di airport, harga akan jauh lebih tinggi jika aku beli di sana. Jam 7.30 pagi.  Keretapi tiba, naik. Terus menuju airport.

Tiba di airport, aku terus menuju ke bahagiaan ketibaan. Mencari flight information board. Satu-satu baris aku lihat, mata tertumpu kepada Qatar Airways. Rupanya belum tiba. Kududuk di kerusi dekat dengan pintu balai ketibaan antarabangsa Aeorport Mohammed V itu. Agak lama juga menunggu walau sepatutnya mereka tiba jam 8.30 mengikut jadual penerbangan.  Kadang-kadang aku mundar mandir. Risau, moga-moga mereka sampai dengan selamatnya. Hampir saja jam 9, kelibat mereka kulihat dari jauh. Gembira tidak terkira! Bangun. Aku bergegas mendapatkan mereka. Alhamdulillah, mereka sampai dengan selamat. Kupeluk erat ibuku, di sampingnya ada kakak sulung, suami, dan dua orang anak comelnya, Naziha dan Waeiz.

Aku minta mereka duduk dahulu, berehat dan berborak ringan. Lepaskan penat seketika. Antara ucapan awalku kepada mereka  Bienvenu Au Maroc! atau Selamat Datang Ke Morocco! (Bersambung)

Istilah:

Mahattah qitor (Arabic) = Stesen keretapi
La Gare De Fes (French) = Stesen Keretapi Fes
Bitoqah syabab :  Kad sebagai ganti tiket keretapi.
Sidi Ali : Jenama sebuah air minuman
(Visited 232 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Click here to cancel reply.

Post Comment

Related Posts

  • Morocco (6) – Abou Temmam, Polis dan IC
    Morocco (6) – Abou Temmam, Polis dan IC7 April 2012
  • Morocco (5) – Oh My Kenitra!
    Morocco (5) – Oh My Kenitra!3 February 2012
  • Morocco (4) – Tentang Moroco II
    Morocco (4) – Tentang Moroco II3 February 2012

Popular Posts

  • Morocco (1) – Bienvenue Au Maroc!
    Morocco (1) – Bienvenue Au Maroc!10 August 2011
  • Morocco (2) – Bermalam Bersama Qitor
    Morocco (2) – Bermalam Bersama Qitor3 September 2011
  • Morocco (3) – Tentang Morocco I
    Morocco (3) – Tentang Morocco I3 February 2012
← Morocco (1) – Bienvenue Au Maroc!
Morocco (3) – Tentang Morocco I →

Carian

Abstrak

"Kekuatan kita dalam mengatasi cabaran-cabaran akan datang bukan sahaja terletak pada pengalaman kita dalam memula dan mengurus perubahan pada masa lalu, tetapi juga pada kesanggupan kita untuk melakukan lebih daripada itu pada masa hadapan”

-Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kategori

  • Blog (12)
  • Santai (2)
  • Travelog (8)
  • Umum (2)

Artikel Terbaru

  • Orang Utan Di Menara Eiffel!
    Orang Utan Di Menara Eiffel! 31 December 2012
  • (2) Nota Ke Tanah Suci
    (2) Nota Ke Tanah Suci 23 November 2012
  • Toilet RM6!
    Toilet RM6! 22 October 2012
  • (1) Nota Ke Tanah Suci
    (1) Nota Ke Tanah Suci 21 October 2012

Travelog

  • (2) Nota Ke Tanah Suci
    (2) Nota Ke Tanah Suci 23 November 2012
  • (1) Nota Ke Tanah Suci
    (1) Nota Ke Tanah Suci 21 October 2012
  • Morocco (6) – Abou Temmam, Polis dan IC
    Morocco (6) – Abou Temmam, Polis dan IC 7 April 2012
  • Morocco (5) – Oh My Kenitra!
    Morocco (5) – Oh My Kenitra! 3 February 2012

Makkah & Medina

Al-Hambra

Cordova

Casablanca

Istanbul

Cairo

Marseille

Paris

London

Toulon… dan lain-lain!

Travel Quotes

“When you travel, remember that a foreign country is not designed to make you comfortable. It is designed to make its own people comfortable.” -Backpack Panama

“The journey of a thousand miles begins with a single step.” - Lao Tzu

Jom Interaksi

Follow Us on AIMFollow Us on EmailFollow Us on FacebookFollow Us on FlickrFollow Us on GoogleFollow Us on MySpaceFollow Us on SkypeFollow Us on TwitterFollow Us on YahooFollow Us on YouTube

Hubungi

admin*aimantaqwa.com

Kuala Langat, Selangor

Santai

"Jika hati manusia tidak disediakan 'brek', macam mana hendak 'stop' segala perlakuan fahsya' dan mungkar?" -TG Nik Abdul Aziz

Carian

Copyright © 2012 AimanTaqwa.com. All Rights Reserved
  • Utama
  • Produk
  • Blog