Duniaku…
Perjalanan Mencari Jawapan…
  • Utama
  • Produk
    • Tshirt Nahna
    • Laman Web
  • Travelog
  • Portfolio
  • Video
  • Hubungi
  • Travelog 1
    Travelog 1

    Travelog 1

  • Travelog 2
    Travelog 2

    Travelog 2

  • Travelog 3
    Travelog 3

    Travelog 3

  • Travelog 4
    Travelog 4

    Travelog 4

  • Egypt
    Egypt

    Egypt

Home » Blog » Blog » Morocco (1) – Bienvenue Au Maroc!
Morocco (1) – Bienvenue Au Maroc!

Assalamualaikum. Bonjour! Terima kasih kerana sudi membaca coretan blog ini. ‘Bienvenue Au Maroc’ ini aku rakam dan aku tulis  hasil daripada perjalanan aku bersama keluarga di Morocco hujung tahun 2010. Selain coretan berkisar perjalanan kami sekitar Morocco, aku cuba selitkan sedikit info sejarah tempat-tempat yang kami lawati, disamping sedikit pengalaman kehidupan aku di sini. Membongkar sejarah Morocco begitu bermakna untuk semua. Sejarah Morocco mempunyai hubungan dengan sejarah Andalus. Hubungan yang tidak boleh dipisahkan. Selamat  Membaca! =)

31 Oktober 2010

Aku berlepas dari lapangan terbang London-Stansted untuk kembali ke bumi Ibnu Batutah, Morocco. Tiket hanya kubeli tiga hari sebelum berlepas, memang padanlah dengan harganya 70GBP, lebih kurang RM350. Mahal!. Itupun dengan bantuan seorang sahabat, Azri. Sepatutnya aku terbang  dari London bersama dia dan dua orang lagi sahabat. Tetapi aku terkandas. Pengalaman di U.K amat bermakna bagiku. Antara pengalaman paling sukar untuk aku tempuhi. Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku berjaya juga menghadapinya.

Dari London-Stansted ke Fes, mengambil masa lebih kurang tiga jam di udara.  Kebetulan yang duduk sebelahku seorang pakcik warganegara Morocco, tetapi dalam masa yang sama dia mendapat kerakyatan U.K kerana bekerja dan menetap lama di sana. Dia ke Morocco bukanlah untuk ‘balik kampung’, tetapi untuk bercuti bersama seorang anak lelakinya yang langsung tidak tahu berbahasa Arab. Berbeza dengan bapanya yang masih tersusun kalimah-kalimah Arabnya walaupun telah lama merantau di negeri orang. Cerita-cerita yang dia kongsi, menampakkan dia seorang yang kaya, punya rumah besar di Fes dan juga pembantu rumah. Apabila aku beritahu aku belajar di Kenitra, dia teruja. Rupa-rupanya dia pernah belajar di Thanawiah Askariah di Kenitra. Lagi rancak dia bercerita biarpun usianya sudah menjangkau 50an. Dari buah cerita yang timbul dari mulutnya, aku dapat rasakan dia seperti ada keserabutan hidup yang ingin diluahkan kepadaku. Lebih-lebih lagi bila bercerita tentang kisah hidupnya yang pernah bekerja lama di Arab Saudi, beristeri  orang tempatan dan punyai anak, tetapi akhirnya bercerai. Kemudian ke kota London dan membina keluarga di sana pula.

Hampir jam 8 waktu Morocco, kapal terbang belum lagi mendarat. Kucampak pandanganku keluar, hitam. Hanya cahaya neon di bawah sana menandakan kapal terbang hampir tiba ke destinasi. Bunyi air melibas laju ke tingkap amat mendebarkan hatiku, ditambah dengan beberapa kali announcement supaya memakai tali pinggang ditambah dengan gegaran, aku dapat rasakan cuaca buruk diluar sana, hujan lebat. Hanya berdoa moga selamat sampai.

Alhamdulillah, kapal terbang  Ryanair yang kunaiki mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Fes, Morocco. Penumpang bertepuk tangan dan berkemas-kemas untuk turun. Ya, memang hujan lebat di Fes. Sejuk!. Usai saja melepasi pemeriksaan VISA di pintu masuk, hatiku lega tidak terkira. Lepas semua bebanan fikiran yang kuhadapi di U.K. Aku cepat-cepat bergegas keluar. Menaiki bas untuk ke rumah pelajar Malaysia di Fes yang jaraknya lebih kurang 20 minit sahaja. Aku mahu berehat sebentar, kerana aku perlu cepat. Esok pagi jam lapan sudah perlu ada di lapangan terbang Casablanca pula! Dari kota Fes ke Casablanca pula mengambil masa enam jam. Ini bermakna malam ini juga aku perlu mengambil  qitor menuju  Casablanca!

Sampai di rumah pelajar, aku berehat seketika sambil berkongsi cerita bersama sahabat-sahabat yang ada.  Terus juga berbincang dengan Azri tentang rancangan perjalanan yang akan bermula esok, seperti urusan menyewa kereta dan lain-lain. Dia akan jadi pemandu ‘bertauliah’ kami sepanjang ‘12 Hari Di Morocco’ dan aku memang telah minta khidmat dia sebulan dua sebelum kami sama-sama ke Marseille lagi, lebih-lebih lagi dia seorang pelajar M.A tahun akhir  yang kelasnya tidaklah berapa padat sangat, ditambah pengalaman dia tentang selok belok Morocco dan yang paling penting, dia ada lesen memandu!.

(Bersambung)

(Aku dan Azri ketika di Marseille, France)

(Visited 631 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Click here to cancel reply.

Post Comment

Related Posts

  • Morocco (6) – Abou Temmam, Polis dan IC
    Morocco (6) – Abou Temmam, Polis dan IC7 April 2012
  • Morocco (5) – Oh My Kenitra!
    Morocco (5) – Oh My Kenitra!3 February 2012
  • Morocco (4) – Tentang Moroco II
    Morocco (4) – Tentang Moroco II3 February 2012

Popular Posts

  • Morocco (1) – Bienvenue Au Maroc!
    Morocco (1) – Bienvenue Au Maroc!10 August 2011
  • Morocco (2) – Bermalam Bersama Qitor
    Morocco (2) – Bermalam Bersama Qitor3 September 2011
  • Morocco (3) – Tentang Morocco I
    Morocco (3) – Tentang Morocco I3 February 2012
Morocco (2) – Bermalam Bersama Qitor →

Pendidikan & Pengalaman

"Travel, in the younger sort, is a part of education; in the elder, a part of experience" - Francis Bacon

"To travel is to discover that everyone is wrong about other countries" -Aldous Huxley

Artikel Terbaru

  • Orang Utan Di Menara Eiffel!
    Orang Utan Di Menara Eiffel! 31 December 2012
  • (2) Nota Ke Tanah Suci
    (2) Nota Ke Tanah Suci 23 November 2012
  • Toilet RM6!
    Toilet RM6! 22 October 2012
  • (1) Nota Ke Tanah Suci
    (1) Nota Ke Tanah Suci 21 October 2012
  • Morocco (6) – Abou Temmam, Polis dan IC
    Morocco (6) – Abou Temmam, Polis dan IC 7 April 2012
  • Fin ‘Istiqamah’ Diyalna? – II
    Fin ‘Istiqamah’ Diyalna? – II 11 March 2012
  • Fin ‘Istiqamah’ Diyalna? – I
    Fin ‘Istiqamah’ Diyalna? – I 5 March 2012
  • Morocco (5) – Oh My Kenitra!
    Morocco (5) – Oh My Kenitra! 3 February 2012

Travel Quotes

“When you travel, remember that a foreign country is not designed to make you comfortable. It is designed to make its own people comfortable.” -Backpack Panama

“The journey of a thousand miles begins with a single step.” - Lao Tzu

Jom Interaksi

Follow Us on AIMFollow Us on EmailFollow Us on FacebookFollow Us on FlickrFollow Us on GoogleFollow Us on MySpaceFollow Us on SkypeFollow Us on TwitterFollow Us on YahooFollow Us on YouTube

Hubungi

admin*aimantaqwa.com

Kuala Langat, Selangor

Santai

"Jika hati manusia tidak disediakan 'brek', macam mana hendak 'stop' segala perlakuan fahsya' dan mungkar?" -TG Nik Abdul Aziz

Carian

Copyright © 2012 AimanTaqwa.com. All Rights Reserved
  • Utama
  • Produk
  • Blog