Design 1 : Jom Rempit Ke Masjid
Sabda Rasulullah SAW “Jika manusia tahu apa yang ada pada Azan dan saf pertama (dalam solat), kemudian tidak mendapat (tempat) melainkan dengan mengundi, nescaya mereka akan mengundi” (Riwayat Al-Bukhari)
Design 2 : Jangan Sisihkan Sahabat
Daripada Ibn Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik (berahsia) tanpa orang ketiga sehinggalah dia berada di kalangan orang ramai kerana itu akan menyebabkan dia bersedih (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Design 3 : Jagalah Lidahmu!
Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat “Tahukah kamu apa itu ghibah?” Para sahabat menjawab “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”. Baginda berkata “Ghibah ialah engkau menceritakan tentang saudaramu yang tidak tidak suka”. Ada yang menyahut “Bagaimana apabila yang saya bicarakan itu benar-benar ada padanya?” Baginda menjawab “Bila demikian itu bererti kamu telah melakukan ghibah terhadapnya, sedangkan bila apa yang kamu katakan itu tidak ada padanya, bererti kamu telah berdusta atas dirinya” (Riwayat Muslim)
Design 4 : Bergaul Dengan Adab
Dari Ibnu Mas’ud R.A, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa menunjukkan (seseorang) kepada kebaikannya, ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang melakukannya” (Riwayat Muslim)