(Pemandangan atas udara Cairo-Jeddah) Satu hari ketika aku duduk bersembang di Villa Abou Temmam, rumah sahabat yang jaraknya tidak jauh dari rumah aku, dengan tidak disangka-sangka rupanya ada salah seorang daripada mereka juga berhasrat untuk mengerjakan umrah. Izzat namanya. Rupanya dia telah membeli tiket awal lagi. Apa lagi, aku pun tanpa ragu-ragu lagi segera membuat […]
Teruskan »AZAM Melihat kawan-kawan pergi dan pulang mengerjakan umrah, membuatkan aku sangat-sangat jealous dengan mereka. Kisah pengalaman mereka sepanjang perjalanan di Kota Suci Mekah dan Madinah itu mendatangkan azam kepada aku untuk menjejakkan kaki ke sana. Bukan untuk melancong, bukan untuk bershopping dan bukan untuk bersuka ria. Tetapi sudah tentu untuk menyahut seruan Tuhan, beribadat, mengunjungi […]
Teruskan »(Nazihah di Hassan Tower, Rabat) Abou Temmam, Polis Kenitra dan Kad Pengenalan Morocco Tengah hari itu, makan berlauk ayam masak merah. Ahli rumah Abou Temam semua pandai masak, kecuali aku mungkin. Selepas aku kenalkan kawan-kawan kepada Abg Naguib, aku tunjukkan dia bilik untuk berehat. Penat sungguh nampak gayanya. Memanglah penat. Malaysia ke Morocco bukanlah dalam […]
Teruskan »(Selepas bersarapan pagi di Kenitra) Sebulan sebelum mereka datang, aku telah susun satu persatu rancangan perjalanan, kos hidup, penempatan dan lain-lain sebagai persediaan. Aku ingin berikan layanan yang terbaik sepanjang mereka berada di negara keduaku ini. Oleh kerana hampir lima tahun aku duduk di Kenitra, aku selesa untuk menjadikan Kenitra sebagai penempatan utama sepanjang 12 […]
Teruskan »(Mogador) Kemudian pada kurun ke-5, Rom telah dikalahkan oleh orang-orang Vandal yang masuk melalui Sepanyol dengan jumlah tenteranya 80000 orang. Pada kurun ke-6, Byzante telah menguasai Afrika Utara dan diawal kurun ke-7, Uqba bin Nafi’ bersama tenteranya datang menyebarkan Islam ke Morocco. Bermulalah era bari ketika itu dimana Islam dan bangsa Arab bertapak di Morocco. […]
Teruskan »(Waeiz dan Naziha di Kota Marrakech) Morocco atau dalam bahasa arab ‘Al-Maghrib’ mempunyai sejarahnya tersendiri. Ditambah dengan bentuk geografi dan percampuran budaya Arab, Barbar, Eropah dan Afrika menjadikan Morocco sebuah negara unik yang perlu dilawati. Morocco terletak di Barat Laut Afrika dengan populasi penduduk 34,859,364 orang (2009). Bahagian utaranya menghadap laut Mediterranean yang juga merupakan sempadan […]
Teruskan »1 November 2010 Jam dinding hampir pukul 1.30 pagi. Cepat betul rasanya. Ahli rumah pelajar Fes bagus-bagus, jarum jam dinding jauh lebih terkehadapan berbanding jam yang tergantung di rumahku. Tabarakallah alaik! Aku mula kemas-kemas untuk ke mahattah qitor. Perlu menaiki teksi ke sana kira-kira 15 minit perjalanan dari rumah pelajar. Azri menemaniku di pagi buta […]
Teruskan »